;

Pusat Sumber SK Bandar Tua

Selasa, 2009 Ogos 11


Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Bandar Tua kini berubah wajah. setelah sekian lama pusat sumber dalam keadaan kurang selesa dan mempunyai ruang yang agak sempit, kini perubahannya amat ketara.


Koleksi Soalan Percubaan UPSR 2009 antara negeri

Ahad, 2009 Ogos 09

Dapatkan Soalan Percubaan Di Laman Web SK Bandar Tua.

Tangguh peperiksaan pilihan terakhir

Ahad, 2009 Ogos 02


PUTRAJAYA 1 Ogos Keputusan menangguhkan empat peperiksaan awam hanya akan menjadi pilihan terakhir sekiranya wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) merebak ke seluruh negara.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya akan membawakan perkara itu dalam mesyuarat H1N1 peringkat kebangsaan yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selasa ini.

‘‘Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, tetapi kita doakan dalam bulan Ogos, keadaan akan pulih dan tidak mengganggu peperiksaan.

‘‘Kita berasa bimbang kerana ada empat peperiksaan awam, kalau keadaan bertambah buruk, ini akan menjejaskan peperiksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penutup Bulan Kecergasan dan Kementerian Pelajaran-Putrajaya Big Walk di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Seramai 8,000 pelajar dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyertai program tersebut.

Berdasarkan takwim yang disediakan Kementerian Pelajaran, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan pada 8 hingga 10 September ini, manakala Penilaian Menengah Rendah (PMR) dari 7 hingga 9 Oktober dan 12 hingga 13 Oktober ini.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober dan 26 hingga 27 Oktober dan ujian bertulis (19 November-16 Disember).

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula akan diadakan pada 19 hingga 21 Oktober.

Majlis Peperiksaan Malaysia pula menetapkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada 18 November hingga 10 Disember ini.

Menurut Alimuddin, kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan bagi membolehkan para pelajar yang dijangkiti H1N1 dapat mengambil peperiksaan di hospital.

‘‘Kalau tidak ramai, kita boleh adakan peperiksaan di hospital seperti kita lakukan jika ada pelajar mengalami kemalangan atau sakit teruk.

‘‘Buat masa ini, keadaan terkawal dan hospital mampu mengendalikannya,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Alimuddin, pihaknya akan mengadakan perbincangan terperinci dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan tentang langkah yang perlu dilakukan sekiranya wabak itu menyerang seluruh negara.

Tambahnya, setakat ini, kementerian telah mengarahkan aktiviti besar-besaran melibatkan pelajar dikurangkan, manakala program ke luar negara hanya dibenarkan jika ia melibatkan kes-kes tertentu.

‘‘Itu pun dengan syarat, mereka wajib mengambil vaksin dan mengelakkan diri dari kawasan orang ramai serta segera berjumpa doktor sebaik pulang ke tanah air apabila mendapati terdapat tanda-tanda selesema,” katanya.

Menjelaskan langkah pencegahan yang diambil kementerian, beliau berkata, pekeliling telah dikeluarkan kepada semua sekolah tentang keperluan menjaga kebersihan di persekitaran sekolah.

‘‘Kita galakkan pengetua dan guru besar mengambil tindakan sendiri sekiranya pelajar memerlukan bantuan.

‘‘Apabila pelajar mengalami selesema, demam dan batuk, mereka perlu segera dihantar ke hospital,” katanya.

Pengisian Data SSQS

Khamis, 2009 Julai 30

Pengisian Data Smart School Qualification Standard (SSQS)
30 Julai 2009, Khamis - Satu Taklimat Pengisian Data Smart School Qualification Standard (SSQS) telah diadakan di PKG Seberang Perak. Tujuannya adalah untuk memudahkan semua sekolah kelompok PKG Seberang Perak bagi mengisi data SSQS.
Pengisian Data ini telah bermula pada
7 Julai yang lalu dan akan tamat pada 14 Ogos 2009.
Dengan adanya taklimat ini segala pengisian dapat berjalan dengan lancar.


Dilaporkan oleh :

(EN. FAKHRUZI B. OSMAN)
Guru ICT.

Golongan Ashabul Yamin, Ashabul Syimal dan Ashabul A'raf

Isnin, 2009 Julai 27


Di dalam Al Quran Allah swt. telah berfirman:

“Setiap yang bernyawa akan menemui kematian.”

(QS. Al Anbiya: 35)

“Sesungguhnya mati yang kamu ingin lari darinya itu ia akan menemui kamu.”

(QS. Al Jumu’ah

Adapun golongan ‘Ashabul yamin’ atau golongan orang yang menerima kitab dari tangan kanan ialah golongan orang-orang shaleh, abrar ataupun golongan ‘muflihun’. Adapun golongan ‘Ashabul yamin’ yaitu orang-orang yang memiliki sekurang-kurangnya Iman dan mereka juga adalah orang yang amal kebajikannya melebihi kejahatannya. Sekalipun golongan ini terlepas dari azab neraka, namun mereka tidak terlepas menerima hisab dari Allah swt. Mereka agak lambat untuk menempuh ‘Shiratul mustaqim’ disebabkan oleh pemeriksaan terhadap mereka.

Diterangkan bahwa di atas titian ‘Shiratul Mustaqim’ terdapat lima tempat pemeriksaan. Dan lima tempat pemeriksaan itu dijaga oleh para malaikat yang tugasnya memeriksa setiap hamba Allah. Bayangkanlah bagaimana sekiranya kita terhenti di kelima tempat pemeriksaan itu? Sedangkan sehari di Akhirat dinisbahkan dengan hari dunia adalah selama seribu tahun.

Sebab itu tidak heran mengapa orang-orang ‘Muqarrabin’ itu tidak mau menjadi orang shaleh. Sebab orang shaleh, walaupun masuk ke Surga, terpaksa dihisab terlebih dahulu. Ini sudah tentu menyusahkan mereka. Sebab itu mereka lebih suka untuk mati syahid dalam mempertahankan agama Allah swt. Sebab orang yang mati syahid, langsung dimasukkan oleh Allah swt. ke dalam Surga.

Terpaksa terhenti untuk dihisab di ‘Shiratul Mustaqim’ adalah merupakan penderitaan dan azab bagi golongan muqarrabin. Oleh sebab itu di dalam kitab terutama kitab-kitab Tasawuf diterangkan bahwa kebaikan yang dibuat oleh orang abrar/orang soleh adalah merupakan kejahatan bagi golongan muqarrabin. Bagi golongan muqarrabin, sesuatu hal yang dianggap halal tetapi menyebabkan akan dihisab, itu adalah suatu kejahatan.

Untuk mengukur mudah atau tidaknya menjadi orang yang soleh, marilah kita lihat kenyataan Al Imam Ghazali. Al Imam Ghazali mengatakan bahwa orang yang hendak menjadi orang yang soleh itu mestilah 24 jam yang Allah swt. untukkan kepadanya, 18 jam diisi dengan amal baik. Hanya 6 jam saja waktunya itu digunakan untuk melakukan hal yang mubah.

Adapun golongan yang ketiga yaitu ‘Ashabul syimal’ yaitu golongan yang akan menerima kitab dari tangan kiri. Mereka ini ialah orang Mukmin yang ‘Asi’ atau Mukmin yang durhaka. Kejahatan mereka lebih berat dari kebaikan yang mereka lakukan. Mereka ini akan dimasukkan ke dalam Neraka dahulu, sebelum dimasukkan ke dalam Surga. Mereka dimasukkan ke dalam Neraka berdasarkan kepada dosa dan maksiat yang mereka lakukan. Setelah tamat penyiksaan mereka di Neraka, barulah mereka akan dimasukkan ke dalam Surga.

Adapun golongan yang akhir ialah golongan ‘Ashabul A’raf’ yaitu golongan yang amal kebaikan dan kejahatannya itu sama banyak. Golongan ini walaupun mereka selamat tidak masuk ke Neraka, tetapi mereka lebih lambat masuk ke Surga daripada golongan ‘Ashabul yamin’ yang setelah menempuh sirotul mustaqim, tidak ada halangan lagi untuk masuk ke Surga. Tetapi bagi golongan ‘Ashabul A’raf’, setelah mereka menempuh ‘Shiratul mustaqim’ mereka masih lagi dihadang untuk ke Surga.

Mereka akan didera atau dihukum oleh Allah swt. di ujung ‘Shiratul Mustaqim’. Bagaimana deraan Allah swt. terhadap mereka? Deraan yang dikenakan Allah swt. kepada golongan ‘Ashabul A’raf’ ialah mereka diperintahkan supaya meminta satu amal kebajikan kepada penghuni Surga. Siapa dari golongan mereka yang diberi oleh penghuni Surga satu amal kebajikan, maka dia diperbolehkan untuk masuk ke Surga. Maka mondar-mandirlah mereka untuk meminta belas kasihan penghuni-penghuni Surga. Setelah sekian lama, maka barulah Allah swt. masukkan ke dalam hati penghuni Surga untuk memberikan kepada mereka satu amalan kebajikan.

Tetapi anehnya, orang yang mempunyai banyak amal kebajikannya tidak mau langsung memberikan satu amalan kebajikannya kepada golongan ini. Sebaliknya mereka yang memberikan amal kebajikannya ialah orang yang mempunyai lebih satu saja amalan kebajikannya.

Maka Allah swt. pun berfirman kepada golongan ini yang antara lain,

“Sekiranya kamu hamba-hamba-Ku yang mempunyai lebih satu amalan

kebajikan, begitu pemurah kepada hamba-hamba-Ku dan terus ke Surga,

maka sesungguhnya Aku lebih pemurah dari itu.”

Maka dengan ini hamba Allah yang pemurah itu pun dinaikkan derajatnya oleh Allah swt. di Surga. Inilah kelebihan yang dikaruniakan oleh Allah swt. kepada mereka di Akhirat.

Keputusan Percubaan UPSR 2009

Sabtu, 2009 Julai 25

Keputusan Percubaan UPSR 2009

21 JULAI, Selasa - Hari ni telah diadakan mesyuarat analisa keputusan Percubaan UPSR 2009 (OTI 3) di peringkat sekolah. Seramai 8 orang calon telah menduduki peperiksaan yang telah berlangsung pada 14 Julai - 16 Julai yang lalu
Bagi keputusan percubaan kali ini, SK Bandar Tua telah menunjukkan peningkatan yang amat baik. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Adik Noor Shuhaiza Izzaini kerana mendapat keputusan straight A (5A). Diharapkan beliau dapat terus mengekalkan dan meningkatkan lagi keputusan ke tahap yang lebih baik.
Selain itu, sekalung tahniah juga untuk Adik Nor Farahani kerana telah mendapat keputusan 3A2B dan seorang murid lagi mendapat 2A3B.
Berdasarkan analisa serta pencapaian ini, marilah sama-sama kita berdoa agar SK Bandar Tua dapat mencipta sejarah baru dengan 2 orang akan mendapat 5A. Dengan usaha yang gigih oleh semua guru, dapat kita memastikan segala yang diimpikan menjadi kenyataan.

"Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan"
Semoga Berjaya......

Dilaporkan Oleh,
(PN. HJH. NORULU'LA BT. TAJUDIN)
Setiausaha Peperiksaan,,
SK. Bandar Tua.


Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat PKG 2009

Khamis, 2009 Julai 23

Pertandingan Pemilihan Tokoh NILAM 2009
Peringkat PKG Seberang Perak

Tarikh : 22 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 08.30 pagi hingga 05.00 ptg
Tempat : PKG Seberang Perak, FELCRA Changkat Lada, Kg Gajah.
Peserta : 1. Sekolah Menengah : 3 orang
2. Sekolah Rendah : 17 orang

Peserta dari SK Bandar Tua : Nur Ainaa Nadhirah bt. Ahmad Asuad

Dilaporkan oleh :
(EN. FAKHRUZI BIN OSMAN)
Guru Penyelaras PSS
SK. Bandar Tua.

Aktiviti Sempena Bulan Kecergasan

Ahad, 2009 Julai 19

Bulan Kecergasan Peringkat Sekolah

Bermula : 6 - 27 Julai 2009
Cikgu Ahmad Fazil mengetuai aktiviti memanaskan badan

Cikgu Haslina mengetuai aktiviti senamrobik. semua murid dan guru mengikut dengan
iringan muzik. Aktiviti ini dijalankan setiap hari isnin sewaktu perhimpunan pagi.

Aktiviti sampingan sempena bulan kecergasan :

8.7.2009 - Roundes
15.7.2009 -Futsal
22.7.2009 - Bola Jaring
29.7.2009 - Badminton