Khamis, 12 Mac 2009
Tarikh : 26 Februari 2009 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bandar Tua
Pada 26 Februari 2009 yang lalu, bermulalah acara Kemuncak Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan Kali ke-34 yang diadakan di Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Tua. Kejohanan kali ini disertai oleh 4 kontinjen rumah sukan. 3 kontinjen dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tua, manakala 1 kontinjen dari Sekolah Kebangsaan Bandar. Seramai 29 orang murid yang mewakili gabungan 2 buah sekolah berhampiran.
Acara dimulakan dengan perbarisan masuk semua kontinjen rumah sukan yang di ketuai oleh Adik Muhammad Aizat bin Zaini dengan diiringi muzik perbarisan. Kontinjen pertama yang memasuki padang adalah dari rumah biru yang diketuai oleh Adik Muhamad Nur Hayat bin Idris, diikuti dengan Kontinjen rumah Hijau yang ketuai oleh Adik Amirul Ariff bin Ramli, Kontinjen yang ketiga dari rumah Kuning yang diketuai oleh Adik Muhammad Afiq bin Mohd Amran dan Kontinjen yang terakhir dari rumah Merah yang diketuai oleh Adik Nuranisah binti Rohizat.
Perasmian merupakan salah satu agenda atau aturcara penting dalam setiap majlis atau kejohanan yang diadakan. Ianya bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pihak majlis dan memberi semangat kepada murid-murid. Bagi Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan SK Bandar Tua dan SK Bandar pada tahun ini telah dirasmikan oleh En. Mohd Lotiffi bin Harun Noh Rashid iaitu Penyelia Sukan Pejabat Pelajaran Dearah Perak Tengah. Di akhir ucapan, beliau telah membunyikan Air-horn sebagai tanda kejohanan telah bermula.
Setelah selesai acara perasmian, semua Kontinjen rumah sukan melafazkan ikrar kejohanan sukan. Lafaz ikrar ini telah diketuai oleh Adik Muhammad Aizat bin Zaini selaku ketua kontinjen. Bacaan ikrar telah dilafazkan dengan penuh semangat. Seterusnya, para hadirin menyaksikan acara penyampaian pingat sebelum sukan kepada atlit yang berjaya meraih pingat dalam acara yang dipertandingkan. Aturcara ini telah disempurnakan oleh En. Mohd Lotiffi bin Harun Noh Rashid selaku Penyelia Sukan, PPD Perak tengah. Penyampaian pingat dimulai dengan Kontinjen SK Bandar Tua sebanyak 16 acara dan diikuti dengan kontinjen SK Bandar sebanyak 12 acara yang telah dipertandingkan.
Aturcara diteruskan dengan pertandingan Sukaneka antara kontinjen rumah sukan. Acara sukaneka adalah acara yang paling digemari dan diminati dikalangan murid. Pertandingan sebegini dapat membentuk kerjasama yang baik serta mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan peserta. Selain itu, ianya dapat memberikan peluang kepada murid untuk menunjukkan kebolehan serta kepantasan masing-masing.
Bagi memeriahkan lagi suasana hari sukan. Pihak sekolah tidak pernah melupakan kepada tetamu dan ibubapa yang hadir. Pelbagai pertandingan telah dianjurkan bagi melahirkan rasa keseronokan dihati mereka yang turut memeriahkan kejohanan sukan ini. Tanpa kehadiran tetamu jemputan serta ibubapa, segala aktiviti yang dianjurkan tidak akan meriah. Antara acara sukaneka yang diadakan khas untuk para tetamu dan ibubapa :
i. Menimang Anak (Acara bapa)
ii. Boling kelapa (Acara ibu)
iii. UFO landing (Acara Belia)
iv. Mencari Anak (Acara Beliawanis)
v. Mengumpul Harta (Acara Kanak-kanak bawah 7 tahun)
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran buat ALLAH yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani dengan limpah dan rahmatnya segala aktiviti yang telah dirancang berjalan dengan baik dan jayanya tanpa sebarang masalah besar yang timbul. Dengan ini, kami selaku Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Bandara Tua mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan 2009 kali ke-34 . Segala sumbangan yang dihulurkan amatlah dihargai, semoga mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T.















0 Comments:
Post a Comment