Ahad, 8 Februari 2009

7.02.2009 -bertempat di SK Seberang Perak, Telah berlansungnya Kejohanan Olahraga PKG Seberang Perak. Tahniah! diucapkan kepada Adik Nor Farahani bt. Ibrahim kerana telah berjaya mendapat Naib Juara (tempat ke-2) dalam acara Lontar Peluru Kategori Perempuan bawah 12 tahun.
Seramai 12 orang peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini. Beliau tewas kepada peserta dari Sek. Keb. Selat Pulau. Dengan ini, Beliau layak mewakili PKG Seberang Perak ke Peringkat Daerah. Ini merupakan kali ke-2 beliau layak ke Peringkat Daerah.
Pihak sekolah amat berbangga dengan kejayaan beliau. Kami seluruh warga SK Bandar Tua akan terus mendoakan agar berjaya ke peringkat seterusnya.
Semoga Adik Nor Farahani akan mengharumkan nama sekolah ke peringkat yang lebih tinggi.















0 Comments:
Post a Comment